*SELAMAT DATANG KE BLOG * SYAH LAA>SELESA *

I LUV ISLAM



Walau bergitu haruslah di ingat, ini adalah panduan. Dalam erti kata lain, anda telah pernah belajar sembahyang, cuma anda telah lupa pada bahagian-bahagian tertentu. Dan panduan ini dijadikan rujukan untuk memastikan amalan tersebut betul atau tidak. Namun jika anda tidak pernah sama sekali berlajar sembahyang daripada seorang guru. Maka adalah salah mengambil pelajaran mengenai sembahyang ini dari buku-buku panduan atau bahan bacaan semata-mata. Tetapi andai kata anda kesulitan mencari guru, bolehlah mengunakan panduan ini sebagai sumber pembelajaran yang pertama. Tetapi setelah anda rasa anda telah mengerti mengenainya, WAJIBlah merujuk kepada seorang yang anda kira arif mengenainya. Tidak kira siapa mereka, mungkin saja Ibu anda, Bapa anda atau saudara-mara, atau juga sahabat-sahabat anda. Pokoknya, wajib jugalah merujuk kepadaseseorang mengenai apa yang telah anda pelajari melalui bahan-bahan bacaan dan panduan-panduan mengenai sembahyang ini.
Cara sembahyang yang betul adalah penting bagi memastikan ibadah solat kita diterima oleh Allah. Oleh yang demikian, kami menyediakan panduan ringkas tentang cara2 mengerjakan solat dengan kaedah yang betul sebagai panduan umum kepada kita semua.
Panduan dibawah ini adalah contoh rukun bagi solat EMPAT RAKAAT(isya', zohor dan asar). Bagi solat maghrib dan subuh, hendaklah menurut bilangan rakaat solat tersebut iaitu tiga dan dua rakaat masing-masing.
Abu Zar RA meriwayatkan bahawa suatu hari, pada musim dedaun sedang berguguran, Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya. Baginda SAW mengambil ranting dari sebatang pohon yang daun-daunnya sudah mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda : “Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun yang gugur dari pohonnya ini”. (Riwayat Ahmad dengan sanad yang hasan).
1. NIAT SEMBAHYANG ISYA' (EMPAT RAKAAT)
Berdiri tegak sebelum mengagkat takbir
Berdiri tegak sebelum mengagkat takbir


Usalli fardhaz'isya'i arba'a raka'atin(*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu(isyak) empat rakaat(*) tunai
kerana Allah Ta'ala.
# gantikan dengan asri (asar) atau #zuhri (zohor)
* tambahkan 'makmuman' (mengikut imam) sebagai ganti 'adaan', jika sembahyang
berjemaah.


* Selaras dan rapatkan kaki Bagi Perempuan.(perempuan sahaja, lelaki renggangkan kaki)


Berdiri menghadap ke Kiblat. Turunkan pandangan ketempat sujud. Dan rapatkan tapak tangan ke tepi paha ketika memasang niat yaitu sebelum mengangkat takbir.
* Tertib ini sama bagi Perempuan.